1st Giveaway StyloScarfs : MANIS BERTUDUNG

Assalamualaikum bloggers / peepers..

Sempena anniversary pertama StyloScarfs secara online, maka, buat pertama kalinya StyloScarfs ingin membuat giveaway istimewa kepada semua peminat Tudung FAREEDA atau kepada mereka yang baru berjinak-jinak atau ingin mencuba tudung keluaran FAREEDA ini. Mari kita ubah penampilan, serlahkan keanggunan masing-masing.

Penyertaan :

1. Terbuka kepada semua :
- Lelaki yang bergelar suami/kekasih/kawan yang ingin berikan hadiah tudung kepada wanita istimewa mereka (masukkan gambar isteri/girlfriend/tunang anda yang sedang menggayakan apa sahaja jenis tudung)
- Wanita yang ingin mencuba tudung keluaran FAREEDA.
- Wanita yang tidak bertudung dan berhasrat untuk memakai tudung selepas ini (anda boleh sertakan gambar anda sedang mengayakan selendang atau shawl yang menutup aurat).

2. Tiada had umur untuk sertai giveaway/contest ini.

3. Tarikh tutup penyertaan : 5 Jun 2011 (11.30 pm)

4. Pilihan pemenang adalah berdasarkan entry yang paling kreatif.

5. Semua peserta yang menyertai giveaway ini (sama ada yang menang atau tidak selepas berakhirnya giveaway/contest ini) layak untuk mendapat diskaun sebanyak 10% bagi setiap tudung FAREEDA di StyloScarfs dengan memberikan kod ini : "1st Anniversary Giveaway Discount"

Hadiah :

Tempat pertama : Sehelai Tudung FAREEDA Raihanah (yang berharga RM60.00)
Tempat kedua : Sehelai Tudung FAREEDA Raihanah (yang berharga RM45.00)

** Pemenang boleh pilih sendiri corak Tudung FAREEDA Raihanah masing-masing (yang masih ada di dalam stok) di SINI.
** Untuk makluman : Tudung FAREEDA Raihanah ini hanya boleh dibeli melalui stokis dan tidak dijual di outlet FAREEDA. Oleh itu, anda mungkin tidak pernah jumpa Tudung FAREEDA Raihanah ini di mana-mana kedai / outlet FAREEDA. Jaminan kami, Tudung FAREEDA Raihanah ini adalah yang original keluaran FAREEDA!!

Syarat penyertaan :
1. Letakkan tajuk entry "StyloScarfs's 1st Giveaway : MANIS BERTUDUNG".

2. Masukkan banner StyloScarfs dibawah ke dalam post entry anda, dan link kan ke entry ini.




3. Letakkan gambar anda sedang menggayakan apa sahaja jenis tudung.
4. Kemudian tuliskan kenapa anda mahukan / hadiahkan (untuk penyertaan dari peserta lelaki) Tudung FAREEDA Raihanah ini.
3. Jadi follower blog StyloScarfs.

4. Tinggalkan komen pada entry ini dengan disertakan :
- Permalink entry anda.
- Email (untuk memudahkan kami hubungi anda jika anda adalah pemenangnya)
- id Follower

All the best!!

0 comments:

 
Hakcipta terpelihara ©2010 Maslina Mahadi